Lawak pencungkil gigi

Ajoi, secara diam-diam dah 'mengonqure' lawak hangat di internet, malah dah lama aku tak buat entri pasal Ajoi ni tapi ada yang dah mula rindu tuh…hohoho…

Ajoi suka mencungkil gigi selepas makan. Untuk menyenangkan dia, dia meletakkan pencungkil gigi dan letak atas meja makan macam kat restoran tu.

Satu hari dia bising-bising..

Ajoi: Siapa ambik aku punya pencungkil gigi ni, cepat betul habis..

Pancis : Wak Sumardi la tu, aku selalu nampak dia ambik lepas makan.

Wak Sumardi : Ceh, aku ambil sebatang jer lepas makan


Ajoi: Kalau sebatang takper la, ni sampai licin.

Wak Sumardi : Radin la tu, aku ternampak dia selalu ambil segenggam pencungkil gigi ko… tak tau dia buat aper..

Ajoi: Ni yang aku hangin ni, cubalah berjimat sikit. Tengok macam aku…

Lepas makan aku guna sebatang jer…. lepas tu aku letak balik dalam bekas tu…

Wak Sumardi : Uwekkkkkk…!!

Belum ada Komentar untuk "Lawak pencungkil gigi"

Posting Komentar

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel